Hong Leong AM agih pendapatan RM270 juta - Utusan Malaysia

Hong Leong AM agih pendapatan RM270 juta

Hong leong
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hong Leong Asset Management Bhd. (Hong Leong AM) mengisytiharkan pengagihan pendapatan berjumlah RM270 juta untuk 21 dananya bagi tempoh bermula 1 Januari hingga 31 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong AM, Hoo See Kheng berkata, strategi pemilihan saham dari bawah ke atas yang telah diuji membolehkan pihaknya berpegang pada komitmen untuk menyampaikan pulangan terlaras risiko yang kukuh dan hasil pengagihan yang mampan kepada pelabur.
.
“Apabila kita melangkah ke separuh kedua 2022, Hong Leong AM akan terus menggunakan strategi pelaburan sewajarnya dan mengekalkan tumpuan kepada prospek jangka panjang dan syarikat asas yang bertujuan untuk menyampaikan potensi pertumbuhan,” katanya dalam kenyataan.

Dana Runcit-Konvensional, Dana Ekuiti HL Asia Pasifik menjana hasil pengagihan sebanyak 5.23 peratus, Dana Dividen HL Asia-Pasifik (5.98 peratus), Dana Sektor Produk Pengguna HL (8.05 peratus), Dana Dividen HL (5.18 peratus), Dana Pertumbuhan HL (7.35 peratus), Dana Pengoptimum Ekuiti Hong Kong HL (6.07 peratus), Dana Ekuiti HL SEA-5 (6.01 peratus), Dana Ekuiti Nilai HL (6.30 peratus) dan Dana Seimbang HL (5.32 peratus).

Selain itu, Dana Runcit-Islamik, Dana Makmur HL mencatat agihan sebanyak 6.08 peratus dan Dana Maa’rof HL sebanyak 5.08 peratus manakala Dana Borong iaitu Dana Ekuiti Borong HL 2 (3.14 peratus) dan Dana Pelbagai Strategi Global HL (4.72 peratus).

Dana itu diagihkan melalui pejabat Hong Leong AM dan cawangan Hong Leong Bank Berhad di seluruh negara, manakala dana terpilih turut diagihkan secara digital melalui HL iSmart Invest. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×