Sekolah pondok: Jangan main tuduh jika tiada bukti - Utusan Malaysia

Sekolah pondok: Jangan main tuduh jika tiada bukti

Dakwaan sekolah pondok sebar ekstremis perlu disertakan dengan bukti. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan kononnya sekolah pondok menjadi pusat penyebaran fahaman ekstrem perlu dilampirkan dengan bukti dan tidak boleh dibuat begitu sahaja.

Pengetua Darul Qu­ran Ittifaqiyah, Mohd. Zahid Mahmood berkata, pada Januari 2019 pihak polis mempamerkan statistik berkenaan pada satu seminar tahfiz menunjukkan tidak ada sekolah tahfiz atau pondok terlibat de­ngan aktiviti keganasan atau fahaman-fahaman salah.

Mohd. Zahid Mahmood

“Statistik itu adalah dapatan selepas dibuat kajian,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, sehubungan itu panda­ngan agama tidak boleh diberi mengikut selera diri sendiri kerana ia akan menjurus kepada fitnah dan keburukan.

“Kemungkinan ada, tetapi tidak boleh kita letakkan seolah-olah ke­seluruhan pusat pengajian tersebut berkemungkinan mempunyai fahaman ekstremis atau melahirkan pengganas,” ujarnya.
Kata beliau, sistem pengajian atau sukatan tahfiz dan pondok tidak lari daripada yang ditetapkan kerajaan.

Sementara itu, Setia­usaha Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB), Ahmad Shairazi Atiqullah berkata, sukatan sekolah pondok diwarisi daripada ulama silam dan ia tidak dibuka sesuka hati tanpa sukatan tertentu.

“Ia tuduhan jahat dan tidak betul kerana pondok mempunyai kepakaran dalam pengajian turath yang ditinggalkan. Malah melalui sistem pondok juga berjaya menjadikan pelajar-pe­lajar beradab dan menjaga tradisi keberkatan pengajian Islam,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×