EVIC UMS sasar 10,000 pelawat antarabangsa

EVIC UMS sasar 10,000 pelawat antarabangsa

PERKHIDMATAN Buggy Car Ride turut ditawarkan EVIC UMS dengan kadar RM15 bagi satu destinasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Eco-Campus Visitors Information Centre (EVIC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjangkakan mampu mencapai jumlah 10,000 pelancong antarabangsa menjelang Disember tahun ini.

EVIC juga menjangkakan pendapatan sebanyak RM188,722.75 mampu dijana sehingga hujung tahun ini sekiranya sasaran pelancong terbabit dapat dicapai.

“Anggaran sumber pendapat tersebut merangkumi penjualan Green Ticket yang dijangka mampu menjana pendapatan berjumlah RM107,650; penjualan cenderamata (RM12,283.75); makanan dan minuman ringan (RM19,654); dan hasil penyewaan basikal (RM49,135),” katanya dalam kenyataan

Menurut EVIC, sasaran ketibaan pelancongn itu mampu dicapai berdasarkan trend peningkatan 30 peratus rekod jumlah pelawat bagi Jun hingga Julai dengan anggaran sejumlah 10,765 pelawat sehingga hujung tahun, bergantung kepada situasi semasa negara dan pembukaan sempadan beberapa negara lain.

Jelasnya, sejak dibuka semula secara rasmi pada Mei 2022, kampus UMS telah menerima sejumlah 938 pelancong antarabangsa, merangkumi 26 pelancong yang mula melawat pada 25 Mei, diikuti 583 pelancong (Jun), dan 284 pelancong hingga 18 Julai lalu.

Katanya, pelancong dari Korea Selatan mencatatkan jumlah terbanyak iaitu sebanyak 543 orang, diikuti China, Taiwan dan Hong Kong (54), Singapura (20) dan selebihnya dari Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Malta.

“Perkembangan ini sesuatu permulaan yang positif bagi tempoh dua bulan, dan kami optimis untuk mencatatkan angka melebihi 10,000 pelawat kerana berdasarkan rekod sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020
jumlah pelancong ke kampus UMS mencatatkan angka yang tinggi setiap bulan,” katanya.

Untuk rekod, jumlah pelancong yang melawat kampus UMS pada 2019 seramai 433,568 orang, manakala dari 1 Januari 2020 sehingga 11 Mac 2020 iaitu sebelum pelaksanaan PKP, seramai 20,888 orang.

VEC berkata, berdasarkan penelitian, lebih ramai pelancong yang datang sendiri ke UMS berbanding menggunakan khidmat pelancongan, justeru pihaknya telah mengambil peluang untuk menawarkan perkhidmatan sewaan kenderaan kepada pelancong antarabangsa.

“Antara perkhidmatan yang ditawarkan sewaan basikal elektrik dengan kadar RM10 sejam, Electric Tandem Bike (RM30 sejam), perkhidmatan Buggy Car Ride (RM15 bagi satu destinasi), dan Electric Mountain Bike (RM50 sejam),” jelasnya.

“Selain itu, empat pakej lawatan khusus kepada pelawat turut ditawarkan dengan kadar bermula RM85 kepada pelawat tempatan dan RM110 kepada pelawat dari negara luar.

“Bagi meningkatkan kehadiran pelancong ke UMS EVIC juga akan menggiatkan aktiviti kolaborasi bersama agensi-agensi berkaitan yang bersesuaian dengan aktiviti promosi EVIC,” jelasnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×