Azmin Ali didesak beri penjelasan isu tanah di Ijok - Utusan Malaysia

Azmin Ali didesak beri penjelasan isu tanah di Ijok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didesak untuk memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan negeri menyerahkan tanah di Ijok seluas 880 hektar bernilai RM1.18 bilion kepada dua syarikat sebelum ia didengar di Mahkamah Persekutuan.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan Azmin Ali itu menimbulkan pelbagai persoalan kerana keputusan mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan telah memihak kepada kerajaan negeri.

“Apa justifikasi Azmin Ali untuk menyerahkan tanah ini kepada LBCN Development Sdn. Bhd. (LBCN) dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. (Mujur Zaman) walaupun keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada keputusan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengambil semula tanah tersebut.

“Kenapa Azmin Ali tidak menunggu kes ini dibicarakan di mahkamah persekutuan memandangkan kerajaan negeri telah menang kes ini. Kenapa tergesa-gesa membuat keputusan yang merugikan kerajaan dan rakyat Selangor,” katanya pada sidang akhbar berhubung perkara itu di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar tersebut Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Eric See-To.

Abdul Rahman turut mempersoalkan tentang baki pampasan yang telah diberikan kepada peneroka iaitu sebanyak RM758.6 juta hasil daripada penjualan tanah tersebut.

“Kalau niat Azmin menyelesaikan tuntutan dan isu pampasan kepada peneroka, mengapa beliau tidak menjual tanah ini secara langsung kepada syarikat awam dan menggunakan hasil jualan RM1.18 bilion untuk membayar pampasan.

“Sepatutnya Azmin memberikan jumlah pampasan yang besar kepada peneroka jika beliau benar-benar mahu membantu peneroka,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×