Lebih kuasa elektrik: 100 penduduk rugi - Utusan Malaysia

Lebih kuasa elektrik: 100 penduduk rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Feb. – Kira-kira 100 penduduk termasuk peniaga di Kampung Parit, Pasir Tumboh di sini mengalami kerugian besar dipercayai disebabkan lebihan kuasa elektrik pada pagi Isnin lalu.

Seorang peniaga kedai makan yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 30, berkata, kejadian kira-kira jam 4.20 pagi menyebabkan lebih lima unit lampu kalimantang yang dipasang di kedai makannya meletup secara tiba-tiba.

“Kejadian ini merupakan yang pertama kali berlaku sepanjang saya berniaga di kawasan ini dan ia turut merosakkan penghawa dingin, peti sejuk beku dan televisyen.

“Setakat ini kami telah menukar penghawa dingin dengan yang baharu dan menelanja belanja lebih RM 2,000 serta turut menggantikan lampu kalimantang yang meletup,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Menurutnya, dia bersama beberapa penduduk telah memberitahu perkara tersebut kepada pihak Tenaga Nasional Berhad dan akan membuat laporan polis mengenai kerosakan yang dialami akibat kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×