Kakitangan awam terlibat rasuah meningkat - Utusan Malaysia

Kakitangan awam terlibat rasuah meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 13 Feb. – Jumlah kakitangan awam di negeri yang ditahan serta didakwa atas kesalahan rasuah sejak beberapa tahun lalu menunjukkan peningkatan hampir 300 peratus.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Datuk Abd. Aziz Aban bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah sebenar yang dikenakan tindakan.

Bagaimanapun katanya, pada tahun lalu, terdapat 10 kes tangkapan dilakukan pihaknya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh kakitangan awam.

“ Saya percaya sekiranya trend penolakan rasuah oleh kakitangan awam di negeri ini terus meningkat dan mereka melaporkan kepada SPRM, jumlah tangkapan akan meningkat sekaligus memberi kesedaran kepada penjawat awam supaya menolak rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×