DPMM anjur GO 4.0 Langkawi - Utusan Malaysia

DPMM anjur GO 4.0 Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan menganjurkan program Langkawi G0 4.0 dalam usahanya memberi kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai cabaran-cabaran serta peluang-peluang yang terhasil daripada Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Presiden DPMM, Rizal Faris Mohideen Abdul Kadir berkata, GO 4.0 Langkawi merupakan siri jelajah negeri yang pertama dari beberapa program yang telah dirancang oleh dewan perniagaan tersebut.

“GO 4.0 merupakan satu daripada inisiatif khusus di bawah aturan strategi digital DPMM

bertujuan menyedarkan ahli-ahli bahawa banyak model perniagaan yang ada hari ini tidak lagi bersesuaian dengan tersedianya pelbagai teknologi dengan kadar dan capaian yang berpatutan.

“Cabaran dan peluang IR 4.0 akan mengubah cara kita bekerja, menjalani kehidupan dan akan menetapkan kita pada satu arah dan tahap yang berbeza dari apa yang

telah dialami rakyat Malaysia selama ini,” katanya pada sidang akhbar GO 4.0 Langkawi di sini hari ini.

GO 4.0 Langkawi akan diadakan pada 16 dan 17 Februari ini di Dataran Parkir Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) , Langkawi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×