Tindakan tegas terhadap majikan dera pembantu rumah - Utusan Malaysia

Tindakan tegas terhadap majikan dera pembantu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang menganiaya dan melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap pembantu rumah mereka.

Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, penderaan fizikal dalam apa jua bentuk tidak boleh diterima dan hukuman setimpal perlu dikenakan terhadap pelaku.

“Para pesalah perlu dituduh di mahkamah sekiranya terdapat bukti yang mencukupi manakala Jabatan Imigresen pula harus menyenaraihitamkan majikan berkenaan dan menghalang mereka daripada mendapatkan khidmat pembantu rumah.

“Penderaan sedemikian boleh digambarkan sebagai ‘jenayah kemanusiaan’ sekali gus boleh mencetuskan kemarahan sehingga menjejaskan hubungan baik Malaysia dengan negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai seorang pembantu rumah dari Indonesia meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam, sehari selepas diselamatkan oleh polis kerana didakwa didera oleh majikannya menyebabkan mangsa terpaksa tidur di perkarangan rumah dengan anjing peliharaan selama sebulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×