Delegasi AS melawat PPR Kepong - Utusan Malaysia

Delegasi AS melawat PPR Kepong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Feb.— Delegasi Jabatan Pembangunan Perumahan dan Bandar Amerika Syarikat (AS) hari ini melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kepong sempena Forum Bandar Sedunia Ke-9 (WUF9) yang sedang berlangsung bermula 7 hingga 13 Februari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Delegasi itu diketuai Penolong Setiausaha Jabatan Pembangunan Perumahan dan Bandar AS, Neal Rackleff diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek serta Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, K. N. Jayaselan.

Delegasi itu melawat unit-unit rumah PPR serta beberapa kemudahan yang terdapat di kawasan perumahan tersebut termasuklah dewan serbaguna, pusat jagaan kanak-kanak, tadika dan kawasan tempat letak kereta.

Mereka turut mendengar taklimat berkenaan konsep pembinaan PPR yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi menyediakan rumah kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) serta skim rumah sewa untuk dibeli yang baharu diperkenalkan bagi membantu golongan itu memiliki rumah idaman masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×