PUTRAJAYA 12 Feb. – Kerajaan Negeri Selangor digesa mengambil perhatian serius terhadap isu kekurangan spesies kelip-kelip di Kampung Kuantan, Kuala Selangor yang didakwa berpunca daripada aktiviti korek pasir di Sungai Selangor.
![]() |
|
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
|
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan, aktiviti menyimpan stok pasir berhampiran habitat kelip-kelip sememangnya akan menjadi penyebab serangga itu berkurangan.
“Kerajaan Selangor perlu tahu, sekiranya lesen telah diberi untuk melakukan aktiviti pasir, maka aktiviti tersebut mesti sekurang-kurangnya satu kilometer jauh dari habitat kelip-kelip,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Hakisan Pantai dan Alam Sekitar Antarabangsa 2018 yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Ir. Dr. Hamim Samuri di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











