Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit mencatat lantunan daripada aliran menurun minggu lepas untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, didorong sentimen lebih baik dengan pasaran saham dunia menunjukkan pemulihan, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 3.9280/9330 berbanding mata wang negara maju itu daripada 3.9370/9410 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Dolar AS melepasi penyusutan baru-baru ini didorong kestabilan di pasaran saham, yang sebelum ini mengalami penjualan disebabkan kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah.

Peniaga berkata, minat risiko terhadap mata wang tempatan turut disokong jangkaan positif bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun penuh 2017 Malaysia, yang dijadualkan diumumkan pada Rabu.

“Beberapa penganalisis mengunjurkan pertumbuhan KDNK 2017 pada 5.8 peratus berbanding 4.2 peratus pada 2016,” katanya.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Nota tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9612/9656 daripada 2.9604/9643 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding yen kepada 3.6139/6195 daripada 3.6096/6143.

Ringgit bagaimanapun meningkat berbanding pound kepada 5.4332/4409 daripada 5.4795/4859 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×