MOSCOW 12 Feb. – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun merupakan antara mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di di pinggir Moscow selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo, semalam.
Nadezhda Krasova, lima, terkorban bersama ibunya, Oksana Krasova dalam tragedi pesawat terhempas di pinggir Moscow, Rusia semalam. – AGENSI
Mail Online melaporkan, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Nadezhda Krasova merupakan penumpang paling muda dalam pesawat malang tersebut terkorban bersama ibunya, Oksana Krasova, 32.
Sementara itu, pihak berkuasa Rusia giat menjalankan siasatan berhubung tragedi tersebut sambil menjelaskan anak kapal tidak memaklumkan sebarang masalah teknikal sebelum terhempas.
Di tapak kejadian, anggota keselamatan menemukan banyak serpihan badan pesawat yang berkecai serta beberapa mayat mangsa yang serta anak kapal.










