Ada parti bantah RUU Pendanaan Politik

Ada parti bantah RUU Pendanaan Politik

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan pembaharuan menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik menerima tentangan daripada beberapa parti politik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerajaan mahu setiap parti politik menyatakan pendirian rasmi masing-masing terhadap cadangan tersebut.

Katanya, pandangan yang disuarakan dalam sesi libat urus sahaja tidak mencukupi bagi menentukan pendirian sesebuah parti.

“Saya dimaklumkan terdapat tentangan daripada beberapa parti politik.

“Saya sudah mengarahkan supaya parti-parti politik dihubungi dan diminta memberikan pendirian rasmi mereka.

“Pengguna undang-undang itu ialah parti politik dan ahli politik. Jadi, lebih baik kita mendapatkan pandangan daripada perspektif mereka,” katanya ketika sidang akhbar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU), di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, semua 72 parti politik perlu memberi jawapan bertulis sama ada bersetuju atau tidak terhadap cadangan dalam RUU Penda­­naan Politik.

Azalina dilaporkan berkata, jawapan bertulis itu wajib ditandatangani oleh presiden dan se­­tiausaha agung sebagai pendirian rasmi terhadap penggubalan RUU berkenaan.

Katanya, setakat ini cada­ngan kawal selia pembiayaan politik itu di peringkat mendapatkan pandangan daripada ahli parti politik sahaja. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×