10 anggota keselamatan Myanmar dikenakan tindakan tegas - Utusan Malaysia

10 anggota keselamatan Myanmar dikenakan tindakan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON 11 FEB. – Tindakan tegas akan diambil terhadap 10 anggota keselamatan Myanmar yang didakwa terlibat dalam pembunuhan etnik Rohingya di ne­geri Rakhine baru-baru ini.

Bagaimanapun, jurucakap ke­rajaan, Zaw Htay menegaskan, perkara itu tiada kena mengena dengan laporan siasatan Reuters mengenai kejadian tersebut.

Jumaat lalu, Reuters menyiarkan laporan 10 orang lelaki dari Kampung Inn Din telah dibunuh dan ditanam di kawasan perkuburan besar selepas ditembak oleh askar dan penganut Buddha.

Htay memberitahu, tindakan tegas mengikut undang-undang itu membabitkan tujuh askar, tiga anggota polis dan enam penduduk kampung, mengikut siasatan yang dijalankan pihak tentera susulan laporan yang disiarkan Reuters.

“Penahanan mereka bukan kerana laporan Reuters. Siasatan dijalankan sebelum tersiarnya laporan agensi berita itu,” katanya yang enggan menyatakan bentuk tindakan terhadap 16 individu terbabit.

Siasatan yang dilakukan oleh Reuters di Inn Din baru-baru ini menyebabkan dua wartawan agen­si berita itu ditahan kerana melanggar Akta Rahsia Sulit.

Ditanya mengenai bukti yang diperoleh Reuters, Htay berkata, pihaknya tidak menafikan laporan itu.

“Jika ada bukti yang kukuh terhadap kejadian tersebut, kerajaan akan melakukan siasatan menyeluruh,” jelasnya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×