Siti Zainun penerima pertama YKK OKB - Utusan Malaysia

Siti Zainun penerima pertama YKK OKB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 11 Feb. – Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) menyerahkan bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 kepada seorang ibu tunggal beranak enam yang menghidap penyakit buah pinggang kronik, di sini hari ini.

Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, pesakit tersebut, Siti Zainun Hamid, 59, dari Kampung Sireh Bawah Lembah di sini adalah penerima pertama sumbangan daripada dana Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik OKB (YKK OKB).

Beliau berkata, pihaknya akan membantu memastikan Siti Zainun mendapat rawatan sempurna termasuk pembedahan fistula untuk tujuan dialisis.

“Siti Zainun ini juga adalah anak angkat kita yang ke-19 di bawah program Anak Angkat OKU OKB yang bermatlamat membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya ketika ditemui di Wad 6, Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ke­tua Pegawai Eksekutif Pejabat POKB, Mohamed Afandi Hassan.

Siti Zainun yang juga ibu kepada wartawan ‘online’ TV3, Nur Farhanin Abdullah turut menghidap penyakit darah tinggi dan diabetes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×