Laskar Muda TLDM maut kereta dinaiki rempuh Nissan Almera - Utusan Malaysia

Laskar Muda TLDM maut kereta dinaiki rempuh Nissan Almera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SITIAWAN – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Laskar Muda maut manakala rakan sejawatnya parah selepas kereta dinaiki mereka merempuh kereta lain di Kilometer 28, Jalan Teluk Intan-Sitiawan di sini petang semalam. 

Dalam kejadian pada pukul 6.10 petang itu, mangsa, Laskar Muda Mohd. Naqib Mohd. Nasir, 24, maut di tempat kejadian manakala penumpangnya, Laskar Muda Mohd. Firdaus Zackariah, 24, mengalami kecederaan parah. 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Myvi dinaiki kedua-dua anggota yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut dekat sini itu dalam perjalanan dari Teluk Intan.

“Tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki mereka dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta jenis Nissan Almera yang dalam perjalanan dari Sitiawan ke Hutan Melintang. 

“Akibat rempuhan tersebut, Mohd. Naqib disahkan maut di tempat kejadian manakala Mohd. Firdaus mengalami kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×