Dua rakan artis Farid tak muncul - Utusan Malaysia

Dua rakan artis Farid tak muncul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua individu yang dicari polis ter­ma­suk penyanyi sebuah kumpulan R&B bagi membantu siasatan berhubung kes penyalahgunaan dadah bersama pelakon Sofi Jikan se­perti dilaporkan pengarah filem Datuk Farid Kamil Zahari belum muncul memberi kerjasama.

Pe­nyanyi yang dikenali sebagai Firdaus manakala seorang lagi rakan artisnya iaitu Ahmad Tajuddin sehingga pukul 9 malam tadi belum tampil ke mana-mana balai polis.

Satu sumber memberitahu kedua-dua individu berkenaan dicari sebagai saksi bagi membantu siasatan berhubung kes penyalahgunaan dadah dan bukannya suspek atau orang yang sudah didapati bersalah.

“Mereka ini sekadar saksi dan mengikut prosedur, polis perlu menghubungi saksi-saksi bagi membantu siasatan mana-mana kes.

“Tetapi jika mereka tidak tampil atau sengaja tidak mahu beri kerjasama, polis boleh menggunakan Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk mencari dan memaksa mereka hadir dan memberi keterangan,” kata sumber itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×