Berita tular Rohani sakit dan dikejarkan ke HUS tidak benar - Setiausaha Akhbar - Utusan Malaysia

Berita tular Rohani sakit dan dikejarkan ke HUS tidak benar – Setiausaha Akhbar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Berita tular dalam media sosial dan portal hari ini yang melaporkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas dikatakan tiba-tiba sakit adalah tidak benar. 

Setiausaha Akhbar kepada Rohani, Kamarul Farid Kamaruddin dalam satu kenyataan menafikan Ahli Parlimen Batang Lupar tersebut sakit dan dimasukkan ke HUS di sini.

Katanya, Rohani ke HUS hanya untuk membuat pemeriksaan kesihatan disebabkan beliau mengalami demam biasa.

“Sehubungan itu, merujuk kepada laporan yang ditularkan dalam media sosial dan portal berita mengatakan Menteri (Rohani) sakit adalah tidak benar seperti mana yang dilaporkan.

“Setiausaha Politik, Saifuddin Matsah dan Setiausaha Kanan, Reza Rizvy juga mengesahkan laporan yang ditularkan adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×