[VIDEO] 7 lelaki didakwa kerana menculik - Utusan Malaysia

[VIDEO] 7 lelaki didakwa kerana menculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 9 Feb. – Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang pengurus syarikat pengangkutan tahun lalu.

Video oleh MOHD. SHAHARANI SAIBI

Tertuduh S. R. Jevan, 42; S. Surendran, 35; S. Mohan, 33; S. Prakhas, 34; A. K. Muniandy, 60; P. Uthaya Kumar, 25 dan Barique, 37, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dan ikat jamin ditawarkan kepada kesemua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh bersama seorang lagi individu yang telah didakwa menculik lelaki bernama P. Pratap, 35, dengan tujuan mendapatkan wang tebusan sebanyak RM300,000.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan 1B/8 Bandar Baru Sungai Buloh pada pukul 9.10 malam, 12 Disember tahun lalu.

Jesteru, kesemua tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (365) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, kesemua terduduh boleh dihukum mati mandatori atau dipenjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi.

Kes disebut semula pada 13 Mac ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×