Lelaki miliki pistol, dadah ditahan di Batu Pahat - Utusan Malaysia

Lelaki miliki pistol, dadah ditahan di Batu Pahat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang  lelaki kerana memiliki senjata menyerupai pistol dan dadah jenis heroin dan eramin 5  dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Nuri 2, Parit Sulong dekat Batu Pahat, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat  Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata bertindak atas risikan dan maklumat orang ramai, sepasukan polis menyerbu rumah suspek berusia 41 tahun yang mempunyai 10 rekod lampau termasuk enam daripadanya berkaitan dadah.

“Ketika serbuan, suspek didapati bersendirian di dalam rumah dan hasil pemeriksaan di dalam biliknya, pihak polis telah menjumpai satu paket plastik lutsinar disyaki berisi heroin dan empat biji pil eramin 5.”

“Selain itu, pemeriksaan di kawasan luar rumah pula menjumpai satu pucuk pistol yang disorokkan di bawah pokok berhadapan rumah suspek. Pistol itu berbentuk ‘Revolver’ bertulis ‘WI’ dan dibungkus dengan sehelai stokin ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Wahib, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya turut menemui dua butir peluru bertulisan  “Wingnun 100”.

“Suspek  ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×