KUALA LUMPUR 6 Feb. – Kaum India memberi sambutan menggalakkan terhadap Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) dengan mencatatkan jumlah pelaburan RM180 juta dalam masa tiga hari selepas unit-unit saham yang ditawarkan khusus untuk mereka dilancarkan pada 29 Januari lalu.
![]() |
|
S. SUBRAMANIAM
|
Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, pihaknya akan terus memperbanyakkan kempen dan promosi selain bertemu dengan para pelabur bagi mengalakkan lagi masyarakat India melabur dalam dana unit amanah tersebut.
“Saya masih menunggu maklumat terkini AS1M tetapi melihat kepada jumlah pelaburan yang dicatatkan tiga hari pertama selepas dilancarkan, ia adalah amat memberangsangkan.
“Saya yakin sasaran 1.5 bilion unit tambahan dapat dicapai dengan mudah berdasarkan sambutan yang diterima ketika ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program Jelajah Pendidikan Kaum India Malaysia (MINDER 4.0) di sini hari ini.
Pengagihan 1.5 bilion unit tambahan AS1M untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur telah dibuka sejak 29 Januari lalu. – UTUSAN ONLINE











