Tunggu peluang akan datang - Utusan Malaysia

Tunggu peluang akan datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MEMASUKI bulan ketiga selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), semakin kuat kedengaran suara-suara penyesalan bukan sahaja dalam memilih wakil rakyat yang kini membentuk kerajaan negeri mahupun pusat malah dalam kalangan mereka yang tidak mengundi.

Ramai rakan saya yang begitu totok menyokong parti dan ahli politik kini merasakan tertipu dan berharap dapat memutar kembali masa untuk mengubah undi mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tidak kurang ahli keluarga yang memilih untuk tidak mengundi, siang malam terfikir mungkinkah undi mereka mengubah keputusan PRU-14 dan memilih wakil rakyat berbeza.

Apa pun, semuanya sudah berlalu dan kita perlu terima suara majoriti dalam sistem demokrasi ini tidak kiralah sama ada rasa tertipu, dipermainkan ataupun gagal menjalankan kewajipan.

SAIFUL

Klang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×