Tiga restoran nasi kandar terkenal diarah tutup - Utusan Malaysia

Tiga restoran nasi kandar terkenal diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 12 Julai – Tiga restoran nasi kandar terkenal di Lebuh Chulia dan Little India di sini diarahkan ditutup serta merta oleh Jabatan Kesihatan negeri kerana gagal mematuhi piawaian kebersihan.

Arahan berkenaan dikeluarkan susulan pemeriksaan penguatkuasa dalam Operasi Pulau Pinang Bersih yang dijalankan sejak awal pagi tadi.

Pengarah kesihatan negeri, Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, arahan dilakukan menerusi notis perintah tutup premis makanan Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan mendapati terdapat pengusaha mengabaikan kebersihan apabila bekalan daging dan ayam disimpan dalam peti sejuk yang kotor selain pinggan mangkuk dicuci berhampiran kawasan saluran najis, ” katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pengusaha restoran bergelar Datuk memarahi petugas media yang membuat liputan di premisnya.

Beliau yang menyertai sebuah parti politik Kerajaan Pakatan Harapan turut meminta petugas media menyerahkan kad pengenalan kerana tidak berpuas hati gambar premisnya dirakam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×