UMNO ambil tindakan undang-undang - Utusan Malaysia

UMNO ambil tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – UMNO akan memulakan proses undang-undang bagi membuat tuntutan dana politik berjumlah kira-kira RM116.7 juta milik parti itu yang disita oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Unit Undang-Undang UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, Ibu Pejabat UMNO telah melantik firma guaman Tetuan Scivetti and Associates bersama sepasukan peguam diketuai Datuk Hariharan Tara Singh bagi mewakili parti itu.

Beliau berkata, pasukan peguam Ibu Pejabat UMNO sedang meneliti segala isu perundangan berkaitan dengan tuntutan ber­kenaan.

“Pasukan peguam sedang mempertimbangkan antara lain membabitkan prosedur, kaedah dan cada­ngan tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh UMNO terhadap pihak berkaitan dalam menuntut dana politik atau wang tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan peguam Ibu Pejabat UMNO juga akan membuat permohonan yang sewajarnya kepada agensi penguatkuasaan yang terlibat khususnya PDRM untuk mendapat dan membekalkan maklumat berkaitan untuk tindakan pihak kami selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×