Proton sasar 109 cawangan pusat jualan - Utusan Malaysia

Proton sasar 109 cawangan pusat jualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 11 Julai – Proton menyasarkan 109 cawangan pusat jualan bertaraf 3S (jualan, alat ganti, servis) dan 4S (jualan, alat ganti, servis, survei) menjelang Oktober tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, setakat ini pihaknya telah mencapai sasaran 80 peratus atau 88 pusat jualan di seluruh negeri.

“Kita bukan sahaja melihat kepada peningkatan jumlah pusat jualan dengan menaik taraf bangunan, tetapi paling penting Proton juga memberi fokus kepada kualiti, jualan dan juga meningkatkan kemahiran juruteknik di setiap cawangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sentiasa mengalakkan naik taraf pada cawangan dengan menyediakan kemudahan dan servis yang ditambah baik sekali gus mampu menarik pelanggan,” katanya ketika ditemui di majlis Perasmian Cawangan 3S milik Pantai Bharu Corporation Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong dan Timbalannya, Datuk Radzif Mohamed dan Pengarah Urusan Kumpulan Pantai Bharu, Rabitah Shamshudin.

Pusat Jualan milik Pantai Bharu Corporation Sdn. Bhd. merupakan yang pertama di daerah ini dan dimiliki oleh bumiputera telah pun memulakan operasi sejak minggu lalu.

Sementara itu, Rabitah berkata, sebelum ini, cawangan itu telah beroperasi sebagai pusat 1S dan 2S di premis berasingan, namun mengambil keputusan menyelaras cawangan dengan menukar kepada 3S demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Cawangan ini dilengkapi 12 petak penyelenggaraan, lapan servis pengangkat, ruangan menempatkan pelanggan menunggu, kemudahan parkir kereta yang lebih luas dan ruangan kanak-kanak bermain.

“Kita perlu bergerak sei­ring dengan perkembangan dan keadaan pasaran yang sentiasa berubah selain optimis penambahbaikan cawangan ini dapat meningkatkan jualan dan juga servis,” ujar­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×