Tok Gajah tundukkan Red Giants dalam final Piala FA - Utusan Malaysia

Tok Gajah tundukkan Red Giants dalam final Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Julai – Pasukan Pahang berjaya meraih takhta Piala FA buat kali ketiga selepas berjaya menundukkan pasukan Selangor 2 – 0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi.

Gol pertama Tok Gajah disumbatkan oleh pemain berjersi nombor 10, Muhd. Nor Azam Abdul Azih melalui satu rembatan kencang yang terhasil daripada hantaran cantik Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-22 perlawanan.

Manakala gol kedua Pahang terhasil melalui sepakan penalti oleh Patrick Dos Santos Cruz pada minit ke 62.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengadil, Zulkarnain Zakaria memberikan sepakan penalti tersebut selepas pertahan Selangor menjatuhkan penyerang Pahang, Ammchi Augustine Iwuji di petak penalti.

Walaupun cuba menyerang balas, cubaan Selangor untuk mengimbangi perlawanan berjaya digagalkan pertahanan pasukan Pahang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN