Rusia terbayang pentas final - Utusan Malaysia

Rusia terbayang pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOCHI – Tiada yang mustahil buat Rusia untuk te­rus mencipta kejutan mara ke pentas final Piala Dunia 2018 selepas berjaya melangkah ke peringkat suku akhir menentang Croatia di Stadium Fisht Ahad ini.

Pemain tengah Rusia, Aleksandr Golovin memberi jaminan kepada para penyokong tegar pasukan itu bahawa mereka mampu beraksi di pentas final jika mengekalkan prestasi seperti menewaskan juara edisi 2010, Sepanyol.

“Kami menanam impian ke pentas final sebelum Piala Dunia bermula lagi dan sekarang kami sedar boleh melakukannya selepas berjaya menewaskan Sepanyol pada pusi­ngan 16 pasukan terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang kami me­nganggap ia bukan lagi misi mustahil dan jika berjaya menewaskan Croatia, kami akan menghampiri peluang untuk melakukannya (final),” katanya.

Skuad bimbingan Stanislav Cherchesov itu mara ke suku akhir selepas menewaskan Sepanyol 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit permainan pada Ahad lalu.

Sementara itu, penye­rang Zenit St. Petersburg, Aleksandr Kokorin yang tidak tersenarai mewakili Rusia pada Piala Dunia 2018 disebabkan kecede­raan lutut yang serius, percaya skuad kebangsaannya itu mampu me­langkah ke pentas final.

“Saya ramal Rusia akan menang 1-0 ke atas Croatia. Secara realistik, kami mampu kalahkan Croatia dan England atau Sweden untuk mara ke final,” jelasnya.

Jika berjaya menewaskan Croatia, Rusia akan berdepan England atau Sweden pada separuh akhir di Arena Samara 12 Julai ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN