Ujian sebenar 
empat gergasi dunia - Utusan Malaysia

Ujian sebenar 
empat gergasi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUA aksi suku akhir Piala Dunia 2018 malam ini dan awal pagi esok menjanjikan pertembungan hebat empat pasukan gergasi dunia dengan dua daripadanya mewakili zon Eropah manakala dua lagi dari Amerika Selatan melibatkan perlawanan Uruguay menentang Perancis, manakala Brazil melawan Belgium.

Bagi aksi Uruguay dan Perancis yang berlangsung di Stadium Nizhny Novgorod pada pukul 10 malam ini, bintang Les Bleus iaitu Antoine Griezmann dan Lucas Hernandez akan bersemuka dengan rakan sepasukan di Atletico Madrid, Diego Godin dan Jose Gimenez, manakala gandingan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani dan Kylian Mbappe turut bertembung sesama sendiri, namun Cavani belum pasti beraksi ekoran mengalami kecederaan buku lali.

Kedua-dua pasukan tersebut tidak merekodkan sebarang kekalahan sepanjang Piala Dunia 2018 dengan Uruguay memenangi kesemua perlawanan dan hanya bolos satu gol, manakala Perancis pula berjaya menyingkirkan finalis empat tahun lalu, Argentina pada pusingan 16 pasukan terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Brazil yang akan menentang Belgium di Arena Kazan pada pukul 2 pagi esok pula belum menunjukkan taring sebenar pasukan Samba itu, sebaliknya tingkah laku Neymar menggelupur di padang lebih menonjol hingga membayangi kejayaan skuad A Selecao itu melangkah ke suku akhir.

Benteng pertahanan Brazil juga dilihat lebih kukuh di bawah kendalian Tite berbanding edisi 2014 selepas hanya mencatatkan satu bolos, malah pasukan tersebut memiliki ramai pemain kreatif seperti Philippe Coutinho, Gabriel Jesus, Paulinho dan Casemiro, manakala Roberto Firmino pula mampu memberi impak besar setiap kali dimasukkan sebagai pemain gantian.

Berbeza dengan Belgium yang sudah menjaringkan 12 gol, ujian sebenar skuad The Red Devils ini hanya berlaku ketika menentang Jepun apabila mempamerkan karektor kebangkitan untuk melangkah ke suku akhir walaupun ketinggalan 0-2 dengan skuad Samurai Biru. Masalah Belgium adalah sering melakukan kesilapan, namun mereka memiliki keyakinan untuk bangkit apatah lagi menentang pasukan sehebat Brazil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN