Jabatan Imigresen tumpas kegiatan haram Rehiring didalangi warga Bangladesh - Utusan Malaysia

Jabatan Imigresen tumpas kegiatan haram Rehiring didalangi warga Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 Julai – Jabatan Imigresen menumpaskan kegiatan sebuah syarikat yang menjalankan urusan pendaftaran pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Program Penggajian dan Penempatan Semula (Rehiring) secara haram.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, aktiviti tersebut dijalankan oleh warga Bangladesh ditingkat atas sebuah kedai mini yang dijadikan pejabat.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh syarikat yang sudah beroperasi lebih setahun itu mengenakan bayaran antara RM5,500 hingga RM8,000 bagi seorang PATI yang didaftarkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 85 naskah pasport kebanyakannya pasport Bangladesh, dokumen pelbagai syarikat dan dokumen Imigresen telah dirampas dalam serbuan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, wang tunai berjumlah RM16,600 yang dipercayai hasil daripada menjalankan aktiviti tersebut telah dirampas.

Turut ditahan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai terlibat secara langsung dalam membuat urusan Rehiring. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN