Undang-undang komunikasi ditambah baik - Utusan Malaysia

Undang-undang komunikasi ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Kerajaan akan meneliti semula undang-undang komunikasi sedia ada untuk ditambah baik supaya selaras dengan keperluan semasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, usaha itu dibuat bagi menangani pelbagai masalah yang timbul kesan daripada penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

“Apa yang berlaku di media sosial sangat cepat, bila berlaku cepat kita perlukan sistem yang boleh tangani masalah dengan cepat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang ada Facebook, Whatsapp, esok kita tak tahu ada apa lagi. Kita kena serius dan pastikan sistem yang kita ada efektif,” katanya pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×