120 peserta PDK Perlis rasai pengalaman mengerjakan ‘haji’ - Utusan Malaysia

120 peserta PDK Perlis rasai pengalaman mengerjakan ‘haji’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 1 Ogos – Seramai 120 peserta terdiri daripada pelatih, pengiring dan petugas pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) dari seluruh negeri ini telah diberi peluang merasai pengalaman mengerjakan haji dengan menghadiri Program Lambaian Kaabah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan, di sini hari ini.

Program yang julung-julung kali diadakan selama empat jam bermula pukul 8 pagi itu, dianjurkan oleh PPDK Jauhar Jannah di sini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mohammad Hazam Ismail berkata, program Lambaian Kaabah itu diadakan dengan mengikut cara-cara mengerjakan haji mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ia juga bertujuan menyemarakkan rasa cinta dan rindu golongan yang terlibat kepada Tanah Suci itu.

“Mereka yang terlibat itu diberi taklimat mengerjakan haji oleh Imam Masjid Behor Mentaloon, Ahmad Adnan Fadzil sebelum diberi peluang mengerjakan ‘haji’.

“Keenam-enam rukun haji bermula daripada berniat ihram sehinggalah bercukur (tahalul) dan diikuti rukun tertib selesai dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.

Katanya lagi, berikutan sambutan yang menggalakkan itu, pihaknya merancang untuk meneruskan program seumpama tersebut pada masa hadapan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×