[VIDEO] Polis Selangor patahkah dua kumpulan sindiket Macau Scam - Utusan Malaysia

[VIDEO] Polis Selangor patahkah dua kumpulan sindiket Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 1 Ogos – Polis Selangor menumpaskan dua kumpulan sindiket yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan Macau Scam dalam dua serbuan berasingan di Ampang Jaya serta Petaling Jaya masing-masing pada 26 dan 30 Julai lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, hasil daripada kedua-dua serbuan itu pihaknya telah menahan 41 individu yang mana 10 daripadanya merupakan warga Korea Selatan dan seorang warga Vietnam manakala 30 lagi adalah warga tempatan yang mana kesemua mereka berusia di antara 20an hingga 30an.

“Serbuan pertama kita lakukan pada 26 Julai lalu di sebuah banglo dua tingkat di Ampang Jaya. Kita syaki premis tersebut dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti penipuan atas talian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita turut merampas beberapa peralatan elektronik di dalam premis terbabit yang terdiri daripada 28 unit monitor komputer, 14 buah CPU, tujuh unit telefom bimbit, tiga unit router dan lima unit adapter internet. Pada masa sama, tujuh lelaki serta tiga wanita warga Korea Selatan turut ditahan bersama seorang lagi wanita warga Vietnam yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan itu,” katanya.

Mazlan berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri, Harjinder Kaur Gurdial Singh.

Tambah Mazlan, pihaknya turut melakukan serbuan kedua di sebuah banglo di Petaling Jaya pada 30 Julai lalu dan menahan 30 individu warga tempatan yang terdiri daripada 22 lelaki dan lapan orang wanita yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan Macau Scam.

Pada masa sama, pihaknya turut menemukan satu dokumen yang mengandungi skrip perbualan telefon yang dipercayai digunakan untuk tujuan menyamaran bagi menipu mangsa selain beberapa barangan lain seperti 37 telefon bimbit, komputer tablet (lima unit), sebuah kereta termasuklah wang tunai berjumlah RM40,000. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×