15 terbunuh serangan di Jalalabad - Utusan Malaysia

15 terbunuh serangan di Jalalabad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JALALABAD 1 Ogos – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam kejadian serangan bersenjata oleh kumpulan militan di sebuah bangunan kerajaan di Jalalabad, lapor pihak berkuasa.

Jurucakap gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani berkata, pengganas bertindak mengepung perkarangan jabatan pelarian dan repatriasi selepas meletupkan bom di hadapan pintu masuk jabatan berkenaan.

Pertempuran sengit antara kumpulan militan dan pasukan keselamatan berlarutan selama lebih lima jam sebelum pengganas ditembak mati.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kumpulan militan Taliban menafikan penglibatan mereka dalam kejadian itu menerusi mesej WhatsApp yang dihantar kepada wartawan.

Dalam kejadian berasingan di barat Afghanistan, bom menyasarkan pasukan keselamatan yang dipasang di tepi jalan terkena sebuah bas penumpang, menyebabkan 11 orang terkorban dan lebih 40 lagi cedera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×