SHAH ALAM 31 Julai -Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam ‘gembira ‘dengan kehadiran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka hadir malam ini.
Lokman dengan nada sinis berkata, kehadiran Anwar turut memberi petanda positif terhadap Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.
“Anwar turun kempen untuk calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni, saya gembira. Ini tanda positif bahawa mereka tidak yakin untuk menang, walhal Sungai Kandis sebuah DUN kecil dan tidak sewajarnya nama-nama besar termasuk Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk turun sekali.
“Tetapi saya percaya Dr. Mahathir yang dikatakan akan datang berkempen tidak akan turun. Sebab apa ? kerana ia memalukan beliau selepas berlaku keretakan dalam Pakatan Harapan dan ada yang tidak mahu calon PKR menang,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Dr. Noraini Ahmad. – UTUSAN ONLINE











