Piala Malaysia: Konsistensi jadi penentu nasib Kedah - Utusan Malaysia

Piala Malaysia: Konsistensi jadi penentu nasib Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menghampiri aksi pembukaan Piala Malaysia 2018 Sabtu ini, juara edisi 2016, Kedah menyifatkan musuh utama yang mampu menghalang pasukan itu daripada beraksi cemerlang adalah prestasi yang tidak konsisten.

Penolong ketua jurulatih, Azzmi Ab Aziz berkata elemen utama yang memainkan peranan dalam kejayaan sesebuah pasukan itu adalah kemampuan untuk mengekalkan prestasi terbaik sepanjang pertandingan.

“Kalau kita tengok kepada keputusan undian pasukan dalam saingan edisi kali ini, kami tidak bimbang akan pasukan lawan. Pada kami apa yang lebih penting adalah prestasi kami sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam saingan Liga Super musim ini kita dapat lihat prestasi pasukan tidak konsisten. Kita banyak membuat kesilapan yang akhirnya memberikan mata mudah kepada pasukan lawan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis undian Piala Malaysia 2018, semalam.

Kedah, juara Piala Malaysia lima kali, dijangka mudah melepasi saingan Kumpulan C, namun perlu mengatasi juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan dua pasukan lain iaitu Kelantan dan MIFA jika ingin melangkah ke pusingan suku akhir selaku juara kumpulan.

Mengulas lanjut, Azzmi berharap tempoh lima hari sebelum aksi sulung berdepan Kelantan di Stadium Darul Aman cukup untuk pasukannya membuat persiapan selain menilai segala kelemahan.

“Apa yang merisaukan kami adalah prestasi kami sendiri jadi kami berharap dalam masa yang sangat singkat ini kami dapat perbaiki untuk Kedah kembali beraksi pada tahap permainan sebenar,” tambah beliau.

Untuk rekod, Kedah yang kali terakhir menjulang trofi Piala Malaysia pada 2016 dengan kemenangan 6-5 ke atas Selangor menerusi penentuan sepakan penalti, namun gagal mempertahankan gelaran itu pada edisi lepas selepas tewas 0-2 kepada JDT. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×