Penganggur didakwa tipu warga emas berhubung penjualan tanah kerajaan - Utusan Malaysia

Penganggur didakwa tipu warga emas berhubung penjualan tanah kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas lima pertuduhan memperdayakan seorang lelaki warga emas berhubung penjualan tanah kerajaan membabitkan kerugian RM118,500, tiga tahun lalu.

Mohd. Adnan Musa, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan kesemua perbuatan itu di Medan Selera Pasaraya Giant, Taman Permata, Hulu Langat dekat sini antara 4 November 2015 dan 19 Januari 2016.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh didakwa dengan sengaja memperdaya Mohamed Borhan Mohamed Zain, 72, sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM118,500 bagi 15 tanah lot kerajaan walhal mangsa tidak akan menyerahkan sekiranya tidak diperdaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda atau kedua-duanya.

Majistret Firdaus Sadina Ali membenarkan Mohd. Adnan diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 6 September ini untuk sebutan kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini