Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 31 Julai – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Pahlawan 2018 peringkat negeri yang diadakan di Dataran Bangunan Perak Ridzuan di sini.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Gazali Jalal, barisan exco kerajaan negeri dan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan.

Istiadat bermula dengan perarakan masuk kawalan kehormatan utama dengan iringan pancaragam brassband KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bawah pimpinan Leftenan Mohd. Izuan Mohd. Isa.

Sultan Nazrin kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen yang dipimpin oleh Leftenan Kolonel Anuar Kaliman.

Majlis diteruskan dengan pendeklamasian sajak berjudul ‘Pahlawanku’ yang disampaikan oleh Pegawai Laksana Kapal Diraja Kinabalu TLDM, Leftenan Bakrishah Abdullah sebelum Jalur Gemilang dinaikkan serta diakhiri dengan tabik hormat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×