Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh - Utusan Malaysia

Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai yang diunjurkan hari ini adalah sebanyak RM38.17 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM17.28 bilion.

BNM akan turut menawarkan satu tender pasaran wang RM11 bilion bagi tempoh 59 hari, satu tender Qard RM2.2 bilion selama tujuh hari sehingga 30 hari dan dua tender Program Komoditi Murabahah RM500 juta selama 29 hari dan 30 hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bank pusat itu akan turut mengeluarkan Bil Antara Bank Negara RM1 bilion selama 91 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender konvensional semalaman sehingga RM27.2 bilion dan tender Qard semalaman RM14.1 bilion.-BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini