Dr. Afandi masih ditahan di penjara Israel - Utusan Malaysia

Dr. Afandi masih ditahan di penjara Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Wakil tunggal sukarelawan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Afandi Salleh yang menyertai misi kapal flotila Al-Awda yang membawa 116 kotak ubat-ubatan ke Gaza masih ditahan di penjara Givon Israel.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, sehingga kini hanya dua tahanan daripada 22 anak kapal Al-Awda telah dibebaskan selepas ditahan tentera laut Israel, semalam.

“Setakat ini hanya dua orang sahaja ahli misi kapal Al-Awda dibebaskan. Mereka adalah ketua kapal, Zohar Chamberlain Regev dan bekas kapten tentera udara Israel, Yonathan Shapira. Kedua-dua mereka adalah warganegara Israel. 


“Menurut sumber Freedom Flotilla Coalition (FFC), Dr. Mohd Afandi masih ditahan di penjara Givon, Israel,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Mohd. Afandi mengikuti misi solidariti flotila ‘Right to A Just Future for Palestine’ bermula pada 15 Julai lalu.

Beliau merupakan Timbalan Dekan Fakulti Undang-Un­dang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah berlepas ke Palermo, Italy bagi menyertai siri terakhir flotila ke Gaza bersama aktivis daripada pelbagai negara.

Kapal flotila Al-Awda yang berlayar menggunakan bendera Norway membawa 22 aktivis dari 16 negara termasuk penyokong hak asasi manusia, wartawan dan krew turut membawa kargo ubat-ubatan bernilai Euro 13,000 (RM61,554) bagi diserahkan kepada penduduk Gaza melalui program #Gauze4Gaza. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×