Penstrukturan semula RTC - Utusan Malaysia

Penstrukturan semula RTC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Julai – Lima Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) akan dikekalkan dan tiga lagi diserahkan kepada pihak pengurusan bangunan manakala tiga lagi diserahkan di bawah penyeliaan kerajaan negeri.

RINA MOHD. HARUN
RINA MOHD. HARUN

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun berkata, lima RTC berkenaan membabitkan Melaka, Pahang, Terengganu, Johor dan Kedah.

“Masing-masing tiga lagi RTC akan diserahkan kepada pihak pengurusan bangunan iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) manakala tiga lagi RTC akan diberikan kepada kerajaan negeri iaitu di Perak, Kelantan dan Pulau Pinang serta Negeri Sembilan dan dua lagi di Sarawak untuk ditadbir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan itu dibuat berdasarkan kedudukan kewangan dan keperluan RTC itu dan tidak mahu penubuhan RTC bertindih dengan Pusat Transformasi Bandar (UTC),” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan bersama pihak kementerian dan exco-exco luar bandar (Mexclub) dari 12 negeri.

Mesyuarat pertama kali itu disertai 12 exco, termasuk wakil dari tiga negeri pembangkang iaitu Terengganu, Pahang dan Perlis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×