Masjid Al-Abrar tempa sejarah - Utusan Malaysia

Masjid Al-Abrar tempa sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK 26 Julai – Masjid al-Abrar, Pauh Sem­bilan, dekat sini, me­nempa sejarah ter­sendiri apabila menjalinkan hubungan secara rasmi dengan sebuah masjid Hongbujie dari China, baru-baru ini.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) masjid berkembar itu ditandatangani oleh Imam Tua Masjid Al Abrar, Mohd. Yuzakky Yusof dan rakan sejawatnya dari China, Ismail Liu Xi’an.

Menurut Mohd. Yuzakky, maj­lis itu berlangsung hasil kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawa­ngan Teras, Kubang Kerian dan Yayasan Al Khairiah Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Imam Ismail Liu adalah seorang Hafiz al-Quran 30 juzuk dan memiliki Ijazah Sarjana Muda (Mumtaz) Pengajian Hadith dari Universiti Islam Madinah.

“Selepas tamat pengajian di Madinah, beliau berkhidmat mengendali sebuah syarikat di Arab Saudi selama enam tahun.

“Beliau juga sempat me­nyam­paikan tazkirah dalam bahasa Arab dan saya terjemahkan dalam bahasa Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini, baru-baru ini.

Mohd. Yuzakky berkata, MoU itu melibatkan program berkongsi ilmu dan pengalaman di antara masjid mukim seluruh Malaysia dan di China.

“MoU ini juga tidak hanya melibatkan soal pengurusan masjid atau perkongsian ilmu agama tetapi juga perkara yang melibatkan fahaman agama-agama lain di negara ini dan di China seperti Islam, Budha, Kristian dan sebagainya.

“Hubungan sejarah silam antara Kelantan dan China dalam bidang keagamaan, sosial, ekonomi dan politik terutama sejarah Cheng Ho menyuntik semangat dan persefahaman dua hala bagi menjayakan MoU itu,” katanya.

Apa yang paling utama, kata­nya, membangunkan program induk masa depan untuk mengeratkan hubungan masyarakat Islam ke arah membangunkan nilai-nilai positif antara agama, kaum yang berbilang bangsa di antara kedua-dua negara.

Mohd. Yuzakky berkata, pi­hak­nya merancang untuk menga­dakan lawatan balas ke negara China awal November ini de­ngan perancangan program membangunkan syiar Islam meren­tasi sempadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×