Parlimen: Kerajaan cadang wujud akta kebencian agama, kaum - Utusan Malaysia

Parlimen: Kerajaan cadang wujud akta kebencian agama, kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Kerajaan bercadang mewujudkan Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam atau agama lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

“Agama juga perlu diberi perlindungan kerana mana-mana agama sekalipun dilarang daripada dicaci dan dimaki,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Sri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai persediaan kerajaan dalam mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam termasuk menggubal rang undang-undang baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…


Dalam pada itu, Mujahid berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada polis berhubung isu menghina agama Islam di media baharu seperti Facebook. 


“Kami belum menerima apa-apa laporan rasmi daripada pihak polis untuk kami teliti seterusnya melihat aspek-aspek yang boleh dikawal agar Islam sebagai agama Persekutuan itu dihormati oleh semua pihak termasuk juga untuk agama lain,” katanya. – BERNAMA


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini