Setiap ADUN perlu 'gentleman' ketika bersidang - Utusan Malaysia

Setiap ADUN perlu ‘gentleman’ ketika bersidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 24 Julai – Setiap wakil rakyat yang dipilih seharusnya lebih ‘gentlemen’ atau bersikap budiman dalam menyampaikan hujah sepanjang berlangsungnya Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 bermula hari ini di Wisma Sri Pahang di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, semua Ahli DUN sama ada dari kerajaan atau pembangkang perlu bersandarkan kepada fakta yang sahih dan bukannya bersifat ‘hearsay’ atau fitnah apabila berhujah.

“Kalau hitam katakan hitam dan kalau putih katakan putih. Jangan melakukan perkara sia-sia iaitu bertikam lidah hanya untuk menegakkan benang yang basah.

“Saya sarankan ADUN yang pertama kali menjejakkan kaki di dewan ini untuk menyemak dan memahami semua peraturan mesyuarat kerana semua percakapan, perbahasan dan pelakuan yang bertentangan sangat tidak dialu-alukan,” kata beliau.



Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul menjunjung kasih atas titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×