Myanmar anjur mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN Oktober depan - Utusan Malaysia

Myanmar anjur mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON – Myanmar akan menjadi tuan rumah mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN ke-10 (ASED) dan Rakan Dialog serta mesyuarat berkaitan pada Oktober depan, menurut agensi berita Myanmar.

Naib Presiden U Myint Swe merangkap penaung Jawatankuasa Pemimpin penganjuran ASED, memaklumkan perkara itu pada mesyuarat persediaan di Nay Pyi Taw pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata, acara itu antara lain bertujuan untuk mempromosikan kerjasama dengan negara-negara Asia Tenggara dan negara rakan ASEAN yang lain bagi meningkatkan sektor pendidikan Myanmar.

Negara rakan ASEAN termasuk China, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Rusia, Amerika Syarikat, India dan Australia.

ASED yang pertama diadakan di Singapura pada tahun 2006 sementara yang terakhir berlangsung di Malaysia. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×