Kerajaan bakal kaji semula MEB - Utusan Malaysia

Kerajaan bakal kaji semula MEB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mene­liti semula dasar-dasar utama negara termasuklah Model Ekonomi Baru (MEB) bagi mengkaji sama ada ia masih relevan atau sebaliknya.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menerusi jawapan bertulis terhadap soalan William Leong (PKR-Selayang) berkata, langkah tersebut bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara mapan serta dapat menjamin pengagihan yang adil.

“Penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 akan melibatkan penilaian dasar sedia ada dan penggubalan dasar baharu bagi pembangunan pelan ekonomi negara yang menyeluruh bagi memacu pemba­ngunan negara pasca 2020.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan itu, dasar baharu yang lebih responsif kepada aspirasi rakyat akan digubal berdasarkan keperluan dan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara,” kata kementerian berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×