Hamilton cipta kejutan di Litar Hockenheim - Utusan Malaysia

Hamilton cipta kejutan di Litar Hockenheim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOCKENHEIM, Jerman – Cuaca hujan nyata memberi tuah kepada pasukan Mercedes apabila menjulang kemenangan 1-2 buat pertama kali di Litar Hockenheim pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Jerman malam tadi.

Pada saingan tersebut, pelumba Ferrari, Sebastian Vettel yang memulakan saingan di kedudukan pertama dilihat hampir pasti menjulang kemena­ngan kelimanya musim ini apabila menguasai sepanjang perlumbaan sambil disokong oleh puluhan ribu peminat tempat.

Bagaimanapun, hujan yang turun selepas lebih separuh perlumbaan nyata mengubah rentak perlumbaan apabila Vettel gagal mengawal jentera dengan baik dan terbabas ketika saingan hanya berbaki 15 pusingan untuk tamat.

Keadaan tersebut memberi peluang kepada ke­dua-dua pelumba Mercedes iaitu Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas untuk kembali berada di hadapan sebelum Hamilton menjulang kemenangan itu.

Rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen mengakhiri saingan di tempat ketiga.

“Memulakan perlumbaan di kedudukan ke-14 adalah satu tugas yang sukar dan saya percaya mampu lakukan yang terbaik. Sepanjang perlumbaan saya meletakkan kepercayaan yang tinggi dan kekal tenang.

“Apabila hujan, saya tahu saya akan mempu­nyai kedudukan yang baik ke­rana selepas itu kita tidak tahu apa yang berlaku dan selepas kereta keselamatan masuk saya rasa ini adalah hari saya,” katanya sejurus tamat perlumbaan.

Hasil keputusan tersebut, Hamilton kini kembali memimpin carta kedudukan pelumba dengan kele­bihan 17 mata apabila me­ngumpul 188 mata berbanding Vettel 171 mata. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×