17 GRO Indonesia, Bangladesh diberkas Imigresen - Utusan Malaysia

17 GRO Indonesia, Bangladesh diberkas Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seramai 17 wanita dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan atau GRO diberkas di tiga pusat pelacuran di Jalan Penang di sini dalam operasi yang diadakan mulai pada pukul 2 petang tadi.

Wanita terdiri 15 warga Indonesia dan dua Bangladesh yang masing-masing berusia antara 20-an hingga 30-an itu ditahan sepasukan Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri.

Ketua Bahagian Penguatkuasanya, Khwaja Banthey Mohd. Hanief berkata, operasi diadakan setelah pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkaitan aktiviti maksiat yang dijalankan di Jalan Penang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa serbuan, ada juga warga asing dalam keadaan tidak berpakaian cuba melarikan diri namun berjaya ditahan. Kita turut menahan 10 pelanggan lelaki terdiri warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal.

“Aktiviti mereka lebih memfokuskan pelacuran warga asing. Siasatan mendapati pelacur berkenaan memasuki ke negara ini sebagai pelancong biasa dan telah menyalahgunakan pas lawatan mereka,” katanya di sini sebentar tadi. K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×