MELAKA – Seorang tukang cat kereta berdepan hukuman penjara 30 tahun dan sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan merogol dan menyamun seorang pelajar universiti pada Mei lalu.
Tertuduh, Mohamad Fadil Mohamed Amin, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang wanita berusia 24 tahun di sebuah rumah dalam daerah Melaka Tengah di sini pada pukul 7 pagi, 3 Mei lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan.











