Apandi Ali tidak cakap benar - Utusan Malaysia

Apandi Ali tidak cakap benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara semalam menyifatkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak bercakap benar mengenai Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran terhadap keputusan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Merujuk kepada artikel bertajuk Malaysia ada bukti kukuh yang diterbitkan pada 1 Julai 2018 dalam akhbar Mingguan Malaysia, berdasarkan temu bual dengan Mohamed­ Apandi, jabatan itu berkata, Mohamed Apandi telah menyatakan bahawa ICJ telah memfokuskan kepada surat bertarikh tahun 1953 daripada pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang dihantar kepada Singapura.

“Menurut Mohamed Apandi surat tersebut menyatakan bahawa Malaysia tidak berminat terhadap Pedra Branca (Pulau Batu Puteh). Beliau menyatakan bahawa Malaysia tidak membangkitkan isu berkenaan dengan kuasa pemangku Setia­usaha Kerajaan Negeri Johor tersebut dan disebabkan itu Malaysia kalah dalam kes ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rekod menunjukkan bahawa pernyataan Mohamed Apandi adalah tidak benar.

“Malaysia telah berhujah ber­kenaan dengan perkara tersebut secara terperinci di hadapan ICJ. Hujahan Malaysia berkaitan perkara ini semasa pende­ngaran lisan kes Pulau Batu Puteh boleh didapati dalam ICJ Document CR 2007/30,” kata jabatan itu dalam kenyataan akhbar semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×