Trump harap muktamad perjanjian perdagangan Britain - Utusan Malaysia

Trump harap muktamad perjanjian perdagangan Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHEQUERS, England 14 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berharap dapat memuktamadkan perjanjian perdagangan pasca Brexit dengan Britain.

Penegasan itu dilihat ‘bercanggah’ dengan kenyataan beliau sebelum ini iaitu strategi Perdana Menteri, Theresa May bakal ‘membunuh’ perjanjian tersebut.

Bagaimanapun, Trump kemudiannya menyatakan May telah melakukan ‘kerja yang hebat’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila proses Brexit diselesaikan dan mungkin United Kingdom telah meninggalkan EU (Kesatuan Eropah), saya tidak tahu apa yang akan mereka lakukan.

“Tetapi apa yang mereka lakukan adalah OK bagi saya, itulah keputusan mereka. Apa yang mereka lakukan adalah baik bagi kami (AS), pastikan kita boleh berdagang bersama, itu yang penting,” katanya dalam sidang akhbar bersama May di sini semalam. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×